REAKSI TERHADAP PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963



Cadangan pembentukan Malaysia yang diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di Singapura telah menimbulkan pelbagai reaksi di dalarn negeri dan di kalangan negara luar.

REAKSI DALAM NEGERI


  • Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat pada keseluruhannya Persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.;

  • Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka menjadi aset yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
  • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) dan Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih dahulu di kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu manakala
  • UMNO menyetujui penggabungan dengan Sarawak, Sabah dan Brunei tanpa Singapura.



SINGAPURA

  • Sejak tahun 1950-an lagi, Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Lee Kuan Yew dan partinya, iaitu PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti berhaluan kiri yang kuat dan beliau sendiri ingin mempertahankan kedudukannya. Menjelang bulan Disember 1961, Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul penggabungan ini.
  • Parti pembangkang Singapura yang terbesar, iaitu Barisan Sosialismenentang idea ini dan mengatakan bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum Singapura menyertai gabungan ini. 
  • Pandangan mereka disokong oleh Parti Buruh pimpinan David Marshall dan Parti Rakyat Bersatu atau United People's Party pimpinan Ong Eng Guan yang menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
  • Dengan ini, satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan telah diadakan pada 1 September 1962. Dalam referendum tersebut, pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada bulan November 1961.



SARAWAK
  • Reaksi segera yang timbul di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan adalah ke arah menolak cadanganini. Kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British, iaitu Sabah selama 60 tahun dan Sarawak melebihi satu abad.
  • Ramai yang inqin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk membentuk pemerintahan sendiri. Hal ini disebabkan sebelum ini peluang mereka dalam politik adalah terhad.
  • Di Sarawak telah ada dua buah parti politik sebelum pengumuman penubuhan Malaysia, iaitu :
(i) Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People's Party (SUPP)Dipimpin oleh Ong Kee Hui dibentuk pada bulan Jun 1959. Majoriti ahlinya terdiri daripada orang Cina dan sebilangan kecil orang Melayu.
(ii) Parti Negara Sarawak (PANAS),ditubuhkan pada bulan April 1960 di bawah pimpinan Dato'Bandar Abang Haji Mustapha. Ramai anggotanya terdiri daripada orang Melayu. Parti ini merupakan parti pertama di Borneo yang menyokong penubuhan Malaysia.
  • Pada bulan April 1961, lahir Parti Kebangsaan Sarawak atau Sarawak 5National Party (SNAP)   pimpinan Stephen Kalong Ningkan yang ahliahlinya terdiri daripada orang lban.
  • Parti lain yang terdapat di Sarawak ialah :
(i) Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) pimpinan Temenggung Jugah Anak Barieng yang ditubuhkan pada bulan Ogos 1962.
(ii) Sarawak Chinese Association (SCA) yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962.
  • Kesemua parti politik di Sarawak ini akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada peringkat awalnya merekamenentang kerana mereka menginginkan kemerdekaan terlebih dahulu. Hanya SUPP yang terus menentang. Pada bulan Oktober 1962, lima buah parti, iaitu PANAS, SNAP, BERJASA, SCA dan PESAKA telah bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak. Gabungan parti ini telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia danberusaha menyekat pengaruh SUPP.

SABAH

  • Antara parti politik yang lahir pada masa itu termasuklah  Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu atau United National Kadazan Organization (UNKO) pada bulan Ogos 1961 di bawah pimpinan Donald Stephens. 
  • Pada bulan Disember 1961, lahir Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau United Sabah National Organization (USNO)pimpinan Datu Mustapha Datu Harun yang mewakili orang Islam di Sabah.
  • Pada bulan Jun 1962, lahir sebuah lagi parti kaum Dusun atau Kadazan pimpinan G. S. Sundang, iaitu Parti Pasok Momugun. 
  • Pada bulan September 196 1, kelima-lima parti politik, iaitu UNKO), USNO, Parti Pasok Momugun, Parti Bersatu dan Parti Demokratik telah bersatu membentuk Parti Perikatan Sabah. Akhirnya, kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah ke dalam Malaysia.
  • Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi 20 syarat yang dikenali sebagai Perkara 20. Tuntutan ini juga kemudiannya diterima oleh Sarawak. Perkara 20 menyenaraikan tuntutan-tuntutan Sarawak dan Sabah untuk dimasukkan ke dalam Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (OAK).





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS