FAIZAL

JURNAL 1









Ini adalah kajian yang saya lakukan terhadap laman web Nike. Nike ialah syarikat yang mengeluarkan peralatan sukan dan merupakan salah satu syarikat terbesar di dunia. Melalui laman web rasmi Nike, saya boleh membuat kesimpulan bahawa laman web tersebut sememangnya "Mesra Penggguna". Susun aturnya sangat teratur dan tidak merumitkan. Laman web tersebut juga turut meletakkan navigation bar untuk membezakan barangan sukan mengikut jenis sukan tertentu. Antara sukan tersebut ialah bola sepak, bola keranjang, dan juga larian.


Selain itu, kasut suka keluaran terbaru Nike iaitu "Hypervenom"dan juga "Tiempo' juga turut ditonjolkan sebagai salah satu dari elemen utama dalam laman web tersebut. Di samping itu, dari aspek "design" pula, Nike telah mengambil langkah dengan menggunakan latar yang kelihatan "simple" namun sangat menarik.


Kesimpulannya, laman web Nike ini sememangnya "Mesra Pengguna" dan mudah untuk digunakan oleh setiap golongan. Dari aspek kekurangan, saya tidak dapat mengenal pasti apakah kekurangan yang ada pada laman web tersebut kerana ia sememangnya telah disediakan dengan cukup baik.

13/10/2013 : 10.41PM





JURNAL 2 






Ini adalah kajian yang saya lakukan terhadap laman web Manchester United. Manchester United merupakan Kelab Bolaepak Paling Terkenal Di Dunia dan merupakan Kelab Sukan Paling Bernilai Di Dunia berdasarkan kajian Forbes. Man Utd juga merupakan kelab bolasepak kegemaran saya, dan oleh sebab hal demikian, saya telah mengambil laman web Man Utd sebagai salah satu bahan kritikan web saya. Menerusi aspek "background" web tersebut, mereka memilih untuk menggunakan hampir 60% berwarna merah, bersesuaian dengan warna rasmi kelab tersebut, dan kekemasan susunan gambar dan navigation bar pada "background" tersebut sememangnya menarik dan kelihatan kemas.

Selain itu, apabila pengguna memasuki laman utama web tersebut, kelihatan navigation bar nya disusun di bahagian kiri dan mereka juga turut menggunakan konsep yang kelihatan sangat mudah untuk diguna oleh sesiapa sahaja yang melayari laman webb tersebut. Pada bahagian bawah pula, mereka turut meletakan senarai penaja-penaja rasmi mereka yang turut disusun dengan kemas.

Seterusnya, dari aspek kekurangan, saya merasakan bahawa mereka perlu menggunakan "font" yang sedikit besar kerana pada saya, font nya agak kecil dan mungkin sedikit sukar untuk dilihat oleh pengguna yang rabun. Namun demikian, secara kesimpulannya tiada apa lagi kritikan negatif yang boleh saya berikan, kerana laman web tersebut sememangnya sudah cukup sempurna dan teah disampaikan dengan sangat baik.

14/10/2013 : 11.20AM




JURNAL 3







Seterusnya, saya memilih laman web rasmi Ferrari. Ferrari adalah syarikat pengeluar bagi kereta sport Itali yang dihasilkan di Maranello, Itali. Ferrari juga turut dikenali dalam sukan permotoran dunia iaitu Formula One. Melalui laman web rasmi Ferrari, saya dapati laman web tersebut "Mesra Pengguna" kerana terdapat beberapa "navigation bars" yang memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan penjenamaan Ferrari itu sendiri.

Berkonsepkan warna hitam, secara tidak langsung laman web tersebut melambangkan gaya mutu yang elegan dan ringkas sesuai dengan penjenamaan syarikat kereta sport yang terkenal di seluruh dunia. Selain itu, bagi para peminat pasukan Ferrari dalam perlumbaan kereta Grand Prix Formula One (F1), mereka berpeluang untuk membeli cenderamata secara online seperti baju, bendera atau topi menerusi laman web tersebut.

Kesimpulannya, laman web rasmi Ferarri ini sememangnya mesra pengguna dan mudah untuk digunakan oleh semua golongan. Dari aspek kekurangan, saya berpendapat bahawa laman web itu dapat di kemaskini dari semasa ke semasa agar menjadi lebih menarik dengan meletakkan unsur-unsur grafik, kesan bunyi dan animasi di laman web tersebut. 

 14/10/2013 : 12.25PM




JURNAL 4









Nando's adalah sebuah rangkaian restoran yang berasal dari Afrika Selatan yang bertemakan Portugis. Nando's juga merupakan rangkaian makanan segera yang berkonsepkan ayam menggunakan herba khas yang dipanggil peri-peri Marinades. Melalui laman web rasmi Nando's, saya dapati laman web tersebut menarik dan mempunyai unsur-unsur grafik yang diterjemahkan melalui kaedah seni. Penggunaan rekaan kreatif dalam penghasilan laman web itu amat efisen dan tidak membosankan. 

Selain itu, laman web Nando's juga turut memilih 'diversity' atau kepelbagaian tema yang memberi penekanan terhadap kehidupan dan persekitaran yang berwarna-warni sesuai dengan konsep yang ditonjolkan melalui laman web Nando's itu sendiri. Penggunaan teknik animasi dalam laman web tersebut sangat menarik dan unik. Disamping itu, terdapat beberapa "Navigation Bar" yang digunakan untuk memudahkan pengguna internet mendapatkan infomasi atau maklumat yang mereka inginkan menerusi laman web tersebut seperti resepi, nutrition makanan, promosi dll.

Kesimpulannya, laman web rasmi Nando's ini menekankan unsur seni dalam pelbagai aspek iaitu kreativiti, keaslian dan penyampaian dalam bentuk teknologi masa kini. Walau bagaimanapun, saya dapati kekurangan yang terdapat dalam laman web Nando's adalah tidak mempunyai kesan bunyi yang dapat memberikan impak yang lebih menarik lagi. 

15/10/2013 : 3.07PM 



JURNAL 5








Seterusnya, saya mengambil laman web Samsung sebagai bahan kajian kritikan web saya. Samsung merupakan sebuah syarikat pengeluar barangan elektronik terkemuka di dunia. Namun, melalui laman web yang mereka sediakan sangat mengecewakan saya dan tidak "secanggih" gajet mereka. Pada awalnya, pengguna diperlihatkan dengan "background" mereka yang kelihatan ringkas dan menarik, namun apabila ingin melihat isi kandungan "navigation bars" yang disediakan, agak menyukarkan kerana link nya dengan mudah akan hilang dan kembali pada asal sehingga membuatkan saya terpasa pergi ke "search" untuk mencari bahan yang ingin saya lihat.

Selain itu, navigation bars yang terlalu banyak dan tidak dikecilkan skopnya turut membuatkan laman tersebut kelihatan sedikit serabut. Namun demikian, pujian boleh diberikan dari aspek penyediakan "software" serta info yang sememangnya "up to date". Secara keseluruhannya, laman web Samsung ini boleh dikategorikan sebagai "sederhana" sahaja kerana terdapat banyak aspek yang perlu diperbaiki.

 15/10/2013 : 9.17PM




JURNAL 6

PRO EVOLUTION SOCCER 2014







Pro evolution Soccer adalah satu permainan video bola sepak keluaran syarikat terkenal Jepun iaitu KONAMI. Saban tahun, peningkatan penjualan permainan video ini meningkat dan mereka semakin hampir untuk menyaingi permainan video bola sepak No 1 dunia iaitu FIFA 13. Melalui penciptaan konsol PS4 dan XBOX One pada tahun ini, Konami telah membuat beebrapa perubahan yang sangat jelas ketara pada permainan video terbaru mereka iaitu Pro Evolution Soccer 2014.

Pada pandangan saya, Pro Evolution Soccer 2014 adalah sangat mengecewakan. Hal ini demikian kerana permainan vidoe ini sudah kehilangan identiti mereka yang tersendiri, dan mereka kelihatan sepertii mahu meniru permainan video FIFA. Grafiknya juga sangat mengecewakan, malah situasi "in game" mereka juga kelihatan sangat lembab.

Secara kesimpulannya, saya merasakan bahawa permainan versi terbaru keluaran KONAMI ini sangat mengecewakan malah jauh merudum berbanding permainan Pro Evolution Soccer 2013 yang sangat cemerlang dan mendapat pujian ramai. Jelas bahawa langkah mereka untuk mencipta sesuatu yang baru akhirnya membawa keburukan untuk mereka sendiri dan situasi ini jelas mengecewakan ramai peminat permainan video ini.


27/10/2013 : 7.07PM

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS