SHARIL

Jurnal 1






Saya memilih laman web rasmi persatuan bola sepak Malaysia sebagai laman web kajian pertama saya dalam tugasan subjek asas multimedia dan teknologi web. Sememangnya laman web ini mesra pengguna kerana susun atur navigation barnya tidak merumitkan pengguna untuk melayari laman web ini. Berlatar belakangkan padang rumput ternyata laman web ini nampak kemas dan amat sesuai. Dari segi penggunaan fontnya juga bersesuain dengan pengguna kerana ianya tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Selain itu, laman web ini juga sentiasa dikemaskini maklumatnya untuk menghebahkan sebarang iklan atau sesuatu perlawanan melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan negara kita. Terdapat juga maklumat-maklumat mengenai liga utama di negara kita seperti liga perdana dan liga super yang dipaparkan dibawah pages laman web ini.

Jurnal 2







Laman web kedua yang saya pilih untuk  tugasan dalam subjek asas multimedia dan teknologi web ini ialah sebuah syarikat pengangkutan awam yang terkenal di Malaysia iatu syarikat bas sani ekspres. Laman web ini sememangnya menggunakan navigation bar yang teratur dan tidak merumitkan para pengguna untuk melawatinya dan mendapatkan maklumat. Terdapat juga audio pada laman web ini untuk mengelakkan rasa bosan pada pengguna. Penggunaan fontnya juga amat sesuai kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Laman web sani ini juga memaparkan pelbagai iklan yang sentiasa dikemaskini seperti jawatan kosong dan lain-lain lagi. Penggunaan warna hitam pada background dan warna merah sememangnya kontra dan amat sesuai dalam laman web ini. Dari sudut kekurangan web ini pula ialah tiada ruangan "search" yang mungkin akan memudahkan pengguna lagi untuk mencari maklumat terutamanya untuk tempahan tiket dan menyemak waktu perjalanan. Selain itu, kekurangan yang lain ialah tiadanya unsur grafik dan ikon yang menarik.  Seharusnya laman web sani ekpres ini perlu dibuat penambahbaikkan dari masa ke masa agar ianya nampak lagi hebat setanding dengan nama syarikat ini yang sememangnya sudah terkenal.

Jurnal 3











Zalora.com adalah sebuah laman web untuk membeli baju, seluar, kasut dan fesyen terkini yang direka sendiri oleh  pereka terkenal untuk kaum adam dan hawa secara online. Laman web ini merupakan laman web ketiga yang ingin saya kaji. Sememangnya laman web ini mesra pengguna kerana terdapatnya ruangan "search" pada halaman utama yang akan memudahkan lagi para pengguna untuk meneroka laman web ini. laman web ini bukan sahaja menawarkan fesyen "lifestyle" malahan menjual barangan sukan seperti adidas dan juga nike. Selain itu, terdapat "navigation bar" yang teratur dan pasti akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengikut kategori yang dipilih. Penggunaan font pada laman web ini amat sesuai kerana menggunakan font yang besar pada bahagian hadapan (halaman utama) dan amat sesuai untuk semua peringkat umur yang ingin melawatinya. Dari segi kekurangan laman web ini pula ialah, saya mendapati laman web ini kosong kerana tidak menggunakan warna latar belakang dan tiada unsur grafik mahupun audio dan ini mungkin akan membosankan para pengguna. Kesimpulannya, laman web ini sememangnya  mesra pengguna dan ianya perlu diperbaiki lagi untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjunginya.

 Jurnal 4










Laman web milo diatas merupakan  sebuah laman web yang menjual produk yang berbentuk minuman dan makanan yang memberikan tenaga tambahan untuk mereka yang ingin kekal aktif melakukan kerja-kerja harian. Laman web ini sememangnya mesra pengguna kerana ianya menggunakan format non-linear. Laman ini memberikan pelbagai maklumat tentang produk mereka.

Reaksi pertama yang saya dapat berikan setelah melawati laman web ini ialah mengenai penggunaan layoutnya yang sesuai dengan tema milo yang berwarna hijau tua dan merupakan satu faktor  bagi mengelakkan pengguna berasa bosan apabila meneroka laman web ini terutama kanak-kanak yang begitu meminati produk milo ini. Manakala, typeface yang digunakannya pula tepat pada ciri-cirinya kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan sesuai untuk semua peringkat umur.  Selain itu, "navigation barnya" yang disusun teratur sudah pasti akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengikut kategori yang dipilih. Apabila pengguna menekan “button”  sea games untuk maklumat lanjut mengenai temasya yang sedang berlangsung ketika ini pengguna dapat menukar bahasa daripada versi English kepada versi bahasa Melayu. Laman web ini juga memuatkan gambar-gambar dan video yang disusun di “button” gallery yang bertujuan untuk menarik pengunjung melawatinya dan untuk menghilangkan rasa bosan.
Dari segi grafiknya juga sangat menarik pada laman web ini.  Selain itu, laman web ini juga sentiasa dikemaskini  iklan-iklan atau maklumatnya untuk ibu bapa kanak-kanak mengenai aktiviti yang boleh disertai oleh anak mereka. 

Dari segi kekurangan laman web ini pula ialah, saya mendapati laman web ini tiada ruangan "search" pada halaman utama yang akan memudahkan lagi para pengguna untuk meneroka laman web ini. Selain itu, tidak menggunakan audio dan ini mungkin akan membosankan para pengguna.

Kesimpulannya, laman web ini sememangnya  mesra pengguna dan ianya perlu diperbaiki dari masa ke masa untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjunginya.

Jurnal 5









Laman web seterusnya yang ingin saya kritik adalah laman web acer yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti pembelian komputer riba secara online dan juga menyelesaikan segala masalah komputer riba yang berjenama acer.

Laman web acer ini merupakan laman web yang mementingkan kesenangan kepada pengguna yang menerokainya. Sebagai contoh terdapatnya ruangan search untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diinginkan mengikut kategori yang dipilih dengan lebih cepat lagi. Selain itu, format laman web acer ini berbentuk non-linear dengan “navigation barnya” disusun selari dibahagian atas dengan perkataan “acer” itu dijadikan “button” home oleh pengendali laman web ini. Saya mendapati rekaan layout yang digunakan oleh laman web ini sangat ringkas. Manakala, dari segi penggunaan saiz fontnya juga tepat dengan ciri-cirinya kerana ianya tidaklah terlalu besar dan tidak terlalu kecil dan sesuai untuk semua peringkat umur.  

Apabila pengguna menekan “button” “service and support” dan memilih mana-mana “button” link, ianya akan ke  new tab. Dari segi kekurangannya pula saya mendapati laman web acer ini tidak menggunakan audio dan tiada unsur grafik yang menarik dan ini mungkin akan membosankan para pengguna. Kesimpulannya, laman web  ini  perlu diperbaiki lagi dari masa ke masa  untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjunginya.

JURNAL 6






Laman web petronas ini merupakan sebuah syarikat petroleum dan gas yang berpangkalan di Malaysia. Laman web ini  dicipta untuk peluang pendidikan dan mengenai perjalanan sesebuah syarikat perniagaan minyak.Laman web ini sangat mudah untuk dikendalikan oleh pengguna kerana laman web petronas ini menggunakan medium non-linear. laman web  ini juga menyediakan ruangan “search” bagi memudahkan pengunjung untuk mencari maklumat yang dikehendakinya. Dari segi rekaan layout ianya nampak ringkas hanya menggunakan warna hijau dan warna putih sahaja sejajar dengan simbol petronas itu sendiri. Bagi “button” home pula, laman web ini hanya menggunakan simbol petronas. Dari segi penggunaan typefacenya amat sesuai kerana ianya tidak terlalu besar atau pun kecil. Selain itu, "navigation bar” dalam laman web ini disusun teratur disebelah kiri dan disebelah atas secara menegak sudah pasti akan memudahkan pengguna untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengikut kategori yang dipilih. Dari segi kekurangannya pula, tiada elemen  audio atau grafik yang boleh memikat hati pelawat yang melayari laman web ini. Kesimpulannya, laman web ini sememangnya  mesra pengguna dan ianya perlu diperbaiki lagi terutama mengenai rekaan layoutnya untuk menarik ramai lagi pelanggan untuk mengunjunginya.  

JURNAL 7

COUNTER STRIKE CONDITON ZERO 2013









Counter Strike Condition Zero 2013 adalah sebuah permainan yang berbentuk taktik peperangan yang biasa dimainkan dalam kalangan peminat video game. Permainan ini memerlukan taktik dan perancangan yang rapi untuk menyerang musuh ataupun mempertahankan diri daripada diserang pemberontak. Dari segi peminat permainan ini, bukan sahaja golongan kanak-kanak meminatinya, malahan golongan dewasa juga menggemari permainan ini.  








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS