FUAD

Jurnal 1







Laman web pertama yang saya pilih adalah WWW.DUCATI.COM. Ducati Motor Holding merupakan syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk dan menghasilkan motor yang terletaknya di Itali. Jenama Ducati dimiliki oleh Audi dengan kerjasama subsidi Itali dibawah jenama Lamborghini. Apa yang saya dapat lihat melalui laman web rasmi Ducati tersebut adalah pereka grafik mereka telah menggunakan gambar visual 'high definition' yang jelas dan menarik. Selain itu, terdapat "navigations menu" yang memudahkan pengguna internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan motorsikal dibawah penjenamaan Ducati.

Dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan kelabu, laman web tersebut dilihat mempunyai kriteria eksklusif dan bersifat formal sesuai dengan penjenamaan motorsport yang terkenal di seluruh dunia. Tambahan pula, bagi peminat pelumba motosikal, jenama Ducati merupakan salah satu syarikat motorsport yang memasuki Grand Prix (MotoGP) di bawah organisasi (Motor Sport Manufacturer Association) yang terbahagi kepada beberapa kategori berpeluang untuk membeli barangan jenama Ducati menerusi "shop online" yang telah disediakan di "navigations menu" di bahagian atas laman web tersebut. 

Dari sudut kekurangan  pula, saya dapati laman web Ducati tersebut tidak mempunyai unsur animasi disamping tiada kepelbagaian dari segi warna dan grafik. Walau bagaimanapun, laman web tersebut boleh ditambahbaik bagi kelihatan lebih menarik lagi.

Jurnal 2








Kajian kedua yang telah saya pilih adalah Laman Web Magnum Ice Cream. Magnum merupakan jenama ice cream yang tidak asing lagi bagi penggemar ice cream. Jenama Magnum dimiliki oleh syarikat  Dutch dan telah dilancarkan di German pada tahun 1989. Ais krim jenama Magnum merupakan ais krim vanila yang di saluti coklat diluar yang di olah menggunakan coklat dan vanila yang berkualiti tinggi dari Denmark. Menerusi laman web tersebut, saya dapati "navigations menu" yang di gunakan terlalu ringkas yang mempunyai tiga bahagian iaitu Home, Products and Magnum Scenes. 

Berkonsepkan warna coklat keperangan dan hitam sebagai warna utama, laman web tersebut menunjukkan bahawa jenama Magnum itu sendiri bersifat mewah, sesuai dengan jenama Magnum yang dikenali sebagai Ais Krim mahal yang bermutu tinggi. Menggunakan tulisan Arial bersize 14pt memudahkan pengguna internet membaca maklumat yang telah disediakan di laman web tersebut. Pengguna juga diberi peluang untuk menontot video iklan Magmun yang terbaru di ruangan "Magnum Scenes".

Dari sudut kekurangan pula, saya dapati laman web Magnum tidak mempunyai sebarang unsur animasi, rollover dan kesan bunyi. Ini sedikit sebanyak memberi kesan suram dan bosan sewaktu pengguna melayari laman web tersebut.


Jurnal 3





Seterusnya, laman web ketiga yang saya pilih adalah Puma.com. Puma merupakan jenama multinasional  yang menghasilkan kasut, pakaian dan aksesori sukan yang terletak di German. Menerusi laman web tersebut, saya dapat lihat kepelbagaian dari segi warna yang menggunakan gambar 'high definition' disamping mempunyai kesan "rollover" pada gambar-gambar di halaman utama. Dengan menggunakan animasi yang ringkas, ia memberi kesan unik dan menarik bagi pengguna internet. Terdapat beberapa bahagian di "navigations bar" yang memudahkan pengguna untuk mendapatkan maklumat mengikut kategori yang dipilih.

Di bahagian "PumaVision", terdapat beberapa icon menarik yang memberi kesan secara visual dan menarik minat pengguna untuk melayari laman web tersebut terutamanya bagi golongan belia yang gemar membeli barangan sukan jenama Puma. Menggunakan tema biru dan kesan bokeh, ia menunjukkan ketangkasan dalam bidang sukan sesuai dengan jenama yang diketengahkan. Dari segi tulisan, laman web tersebut menggunakan tulisan yang besar dan jelas untuk dilihat dan dibaca. Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan informasi terkini serta maklumat mengenai barang sukan yang ingin mereka beli. Selain itu, terdapat ruangan belian dalam talian yang memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan limited edition Puma secara dalam talian.

Tambahan pula, laman web Puma juga turut mempunyai lima versi bahasa iaitu English, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugis bagi memudahkan pengguna di serata dunia untuk melayari laman web Puma itu sendiri. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan yang terdapat di dalam laman web Puma iaitu laman web tersebut tidak mempunyai kesan bunyi yang dapat memberi impak yang menarik lagi. 



Jurnal 4







Kajian ke-empat yang saya pilih adalah laman web Hotlink. Hotlink merupakan pelan panggilan berbayar yang diterajui oleh syarikat Maxis Berhad. Hotlink menawarkan perkhidmatan pelan internet, perantauan global, MMS, WAP dan muat turun pelbagai aplikasi. Hotlink juga turut menawarkan harga runtuh bagi pek permulaan serendah RM6 bagi pengguna baru yang ingin menggunakan pelan panggilan berbayar Hotlink. Menerusi laman web Hotlink itu sendiri, saya dapati halaman utama mereka menggunakan teknik "Slide show" bagi mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan sepanjang bulan-bulan tertentu. 

Dengan adanya "search" bar di atas laman web tersebut, pengguna boleh menaip carian yang mereka inginkan dengan pantas tanpa menggunakan "navigations menu" yang terdapat di dalam laman web itu.
Konsep ringkas yang digunakan memudahkan pengguna internet untuk melayari laman web tersebut bersesuaian dengan tema 'perkhidmatan' yang ditawarkan dalam pelan panggilan prabayar Hotlink. Merah adalah warna tema laman web tersebut bersesuaian dengan warna tema bagi Jenama Hotlink. 

Dari sudut kekurangan pula, saya dapati laman web tersebut menggunakan teknik penggulangan. Teknik penggulangan bagi setiap bahagian yang terdapat di navigations menu adalah sama. Selain itu, tiada kesan bunyi, animasi. Tambahan pula, laman web ini bertemakan warna putih yang pucat dan tidak berapa menarik. Oleh yang demikian, laman web Hotlink perlu penambahbaikan supaya lebih gah setanding dengan jenama Hotlink itu sendiri.

Jurnal 5 






Apple.com adalah syarikat multinasional khusus dalam bidang mereka bentuk serta pengilangan bagi produk yang berunsurkan gadjet, perisian, perkakas tambahan seperti Komputer, Tablet, Telefon Bimbit dan ITunes. Berdasarkan reka bentuk estetik serta kempen-kempen promosi yang dijalankan oleh syarikat Apple telah meletakkan jenama Apple, dalam industri konsumer mempunyai reputasi yang tersendiri. Syarikat Apple yang berpusat di California telah menempah nama di seluruh dunia dan mempunyai pengguna setia terhadap syarikat dan jenamanya. Menerusi laman web Apple, saya dapati laman utama yang direka menggunakan teknik "slide show" dimana setiap gambar berubah selang 7 saat. Ini bertujuan untuk memberi "highlight" events, serta mempromosikan perisian terbaharu yang dikendalikan oleh syarikat Apple itu sendiri.

Ringkas dan Bersih merupakan konsep laman web Apple yang sesuai dengan jenamanya yang menekankan reka bentuk ringkas dan estetik. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan gadjet yang mereka ingin beli, pengguna boleh menekan butang navigations menu yang terdapat di ruang atas laman web Apple seperti Mac, Iphone, Ipad dan Ipod mengikut jenis dan kriteria produk tersebut. Laman web tersebut  juga turut mengunakan kepelbagaian dalam teknik "slide show" yang dilihat cukup menarik dan unik. Bagi pengguna yang ingin membeli produk keluaran Apple menerusi dalam talian, mereka boleh berbuat demikian menerusi laman web rasmi Apple sendiri. Menggunakan tulisan standard sans serif, Helvetica bersize 12pt memudahkan pengguna membaca maklumat dan infomasi yang tersedia.

Dari sudut kekurangan, laman web tersebut dilihat kosong dan tidak mempunyai unsur grafik. Tambahan pula, papan kekunci yang terdapat di laman web Apple tidak menarik kerana tidak mempunyai kesan Rollover dan sebarang icon yang menarik. Walau bagaimanapun, laman web Apple sesuai untuk semua golongan.

Jurnal 6
                                                         


        www.kedaiayamas.com.my 





Laman sesawang yang terakhir untuk kajian saya ialah ayamas. Ayamas merupakan syarikat restoran makan yang besar. Syarikat ini sememangnya berkualiti tinggi dan restoran makanan yang HALAL, dengan cara penyembelihan yang sempurna. Syarikat ini juga telah menyediakan perhidmatan penghantaran. Laman sesawang ini kelihatan ringkas dan mudah di kendalikan bagi semua golongan. Pada ruangan utama laman ini memilih warna putih bagi latar belakang dan mempunyai tema kedai makan dengan adanya pisau dan garfu di sebelah kanan dan kiri. Disitu kelihatan menarik walaupun ringkas.

Selain itu juga, laman ini telah memperkenalkan makanan yang dijual dengan meletakkan sekali gambar supaya pelanggan dapat membayangkan makanan yang akan dihidangkan melalui pesanan. Laman sesawang ini selain meletakan gambar ia juga terdapat harga bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan melalui perkhidmatan penghantaran. Laman ini  banyak menggunakan warna merah dan putih. Bersesuaian dengan tema ayamas.

Kesimpulannya, laman sesawang ini kelihatan mesra pelanggan dan mudah di kendalikan. Dari aspek kekurangan penggunaan tulisan yang kurang menarik dan sama sahaja Cuma yang membezakan penggunaan tulisan besar dan kecil. Penggunaan warna pada tulisan juga tiada.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS